Utama › Polisi privasi

Polisi privasi

Kemas kini terakhir:

Siapa kami

Laman ini dikendalikan oleh Eastel Plus bersama ejen yang dipaparkan pada laman pelanggan. Ia bukan laman rasmi Eastel atau Anchor Communications Sdn Bhd.

Data yang kami kumpul

Apabila anda menghantar borang tempahan, kami menyimpan nama, nombor telefon, alamat penghantaran, pelan pilihan dan ejen yang merujuk anda. Data ini disimpan di pelayan kami untuk memproses dan mengepos tempahan anda.

Ejen yang merujuk anda boleh melihat nama, nombor telefon dan status tempahan anda supaya dapat membantu pendaftaran. Alamat penuh anda hanya dilihat oleh pusat penghantaran dan syarikat kurier.

Cara kami guna data

Kami tidak menjual data anda. Alamat anda dikongsi dengan syarikat kurier untuk tujuan penghantaran sahaja.

Laman ejen

Jika anda melawat melalui pautan seorang ejen, laman ini mengingati kod ejen itu dalam pelayar anda supaya butiran ejen yang sama dipaparkan di setiap halaman. Ejen yang memohon laman sendiri bersetuju nama, gambar, ID Eastelpreneur dan nombor WhatsApp mereka dipaparkan kepada umum, dan boleh meminta ia dibuang pada bila-bila masa. Permohonan ejen (nama, ID, nombor WhatsApp, nama penaja dan gambar) disimpan dalam Google Sheets milik pentadbir laman.

Pendaftaran simkad

Pengesahan MyKad dan wajah dibuat terus dalam aplikasi Eastel dan tertakluk kepada polisi privasi Eastel. Kami tidak menerima salinan MyKad anda.

Perkhidmatan pihak ketiga

Laman ini memuatkan fon daripada Google Fonts, dan pautan WhatsApp membuka perkhidmatan WhatsApp. Kedua-duanya tertakluk kepada polisi masing-masing.

Analitik iklan Meta

Jika ejen anda memasang Meta Pixel, kami meminta kebenaran sebelum memuatkannya. Selepas anda membenarkan, Meta menerima data lawatan, klik WhatsApp, pembukaan borang, tempahan dihantar dan pembelian yang bayaran sudah disahkan. Meta Pixel turut menggunakan pengecam browser, cookies dan maklumat teknikal seperti alamat IP dan peranti mengikut polisi Meta. Nama, nombor telefon dan alamat penghantaran tidak dimasukkan dalam event yang kami tetapkan.

Pixel yang digunakan ialah milik ejen yang dirujuk atau dipadankan kepada anda. Klik WhatsApp hanya bermaksud butang ditekan. Event Purchase memerlukan browser anda masih terbuka atau kembali ke laman selepas bayaran disahkan. Resit tracking disimpan dalam browser selama maksimum 30 hari untuk semakan ini. Anda boleh menolak analitik dan masih membuat tempahan.

Untuk menukar pilihan analitik, gunakan butang di bawah.

Hak anda

Anda boleh meminta kami memadam mesej dan butiran tempahan anda pada bila-bila masa melalui WhatsApp.