Utama › Polisi penghantaran
Polisi penghantaran
Kemas kini terakhir:
Apa yang dipos
Starter pack simkad Eastel yang ditempah melalui laman ini dipos oleh pusat penghantaran Eastel Plus ke alamat yang anda berikan. Langganan sistem Eastel Plus ialah perkhidmatan digital dan diaktifkan sebaik sahaja bayaran disahkan; tiada penghantaran fizikal.
Caj pos
| Kawasan | Caj pos |
|---|---|
| Semenanjung Malaysia | RM6.90 |
| Sabah dan Sarawak | RM14.50 |
Tempoh
- Tempahan dipos dalam masa tiga hari bekerja selepas bayaran disahkan.
- Tempoh penghantaran bergantung pada syarikat kurier dan kawasan anda. Sabah dan Sarawak lazimnya mengambil masa lebih lama.
- Nombor penjejakan dihantar kepada anda melalui WhatsApp oleh ejen anda.
Jika bungkusan tidak sampai
Jika penjejakan tidak bergerak lebih tujuh hari bekerja, atau bungkusan sampai dalam keadaan rosak, hubungi kami dengan nombor tempahan anda. Kami akan menyemak dengan kurier dan menggantikan simkad tanpa caj jika perlu.
Alamat penghantaran
Sila pastikan alamat dan nombor telefon tepat. Bungkusan yang dipulangkan kerana alamat salah boleh dipos semula dengan caj pos tambahan.
Hubungi kami
Eastel Plus dikendalikan oleh Nursafia Design Sdn. Bhd. Untuk sebarang pertanyaan tentang polisi ini, hubungi kami melalui WhatsApp.