Utama › Polisi pemulangan
Polisi pemulangan
Kemas kini terakhir:
Langganan Eastel Plus
- Langganan dibayar terlebih dahulu, sama ada bulanan (RM10) atau tahunan (RM100), dan boleh dibatalkan pada bila-bila masa.
- Selepas dibatalkan, laman anda kekal aktif sehingga tamat tempoh yang telah dibayar. Tiada caj lanjut dikenakan.
- Bayaran bagi tempoh yang sedang berjalan tidak dikembalikan, kecuali dalam keadaan di bawah.
Bila wang dikembalikan
- Caj berganda atau tersilap: jika anda dicaj lebih daripada sekali bagi tempoh yang sama, lebihan itu dikembalikan sepenuhnya.
- Perkhidmatan tidak dapat digunakan: jika laman anda tidak berfungsi kerana masalah di pihak kami selama lebih tujuh hari berturut-turut, anda boleh meminta pemulangan bagi tempoh tersebut.
Pemulangan yang diluluskan dibuat ke kaedah bayaran asal dalam masa 14 hari bekerja.
Starter pack simkad
- Belum dipos: tempahan boleh dibatalkan dan bayaran dikembalikan sepenuhnya.
- Sudah dipos: bayaran starter pack dan pos tidak dikembalikan.
- Simkad rosak atau tidak sampai: kami menggantikannya tanpa caj. Hantar nombor tempahan dan gambar kepada kami.
- Simkad yang sudah diaktifkan tidak boleh dikembalikan.
Pelan dan tambah nilai Eastel
Pelan bulanan dan tambah nilai dibayar terus kepada Eastel dalam aplikasinya dan tertakluk kepada terma Eastel. Kami tidak memproses atau mengembalikan bayaran tersebut.
Cara memohon
Hubungi kami dengan nombor tempahan atau e-mel akaun anda, tarikh bayaran dan sebab permohonan. Kami membalas dalam masa tiga hari bekerja.
Hubungi kami
Eastel Plus dikendalikan oleh Nursafia Design Sdn. Bhd. Untuk sebarang pertanyaan tentang polisi ini, hubungi kami melalui WhatsApp.